Pernah juga saya ditegur tentang penjagaan DSLR saya. Kenapa tidak dijaga sebaiknya, padahal untuk membelinya sahaja memakan ribuan ringgit.
Antara tips yang saya perolehi adalah seperti berikut.
1. Beg Kamera
Kebiasannya beg kamera diberi secara percuma semasa membeli kamera. Pilihlah
yang terbaik antaranya kalis air, tahan panas, tahan lasak, kalis habuk dan
seumpamanya.
2.Filter UV
Filter yang paling murah rasanya ialah RM 20.00 setiap satu. Lindungi lense anda daripada untuk memperbaikinya yang memakan kos yang tinggi.
3.Pelindung LCD
Ini juga melibatkan kos yang tinggi sekiranya rosak. Dapatkannya agar LCD kamera anda tidak mudah rosak dan bercalar.
4.Kit pencuci
Dapatkan kit pencuci kamera anda untuk membersihkannya. Blower dan kain lembut diperlukan untuk mencuci habuk dan kotoran pada kamera dan lense anda.
5.DryboxDapatkan drybox untuk mengelak dari kulat dan fungus. Jika tidak mampu dan untuk sementara waktu, gunakan Tupperware kedap angin. Gunakan bersama silica gel.
6.Jauhkan dari panasGuna kain lembap atau yang berwarna cerah untuk menangkap gambar di tengah panas.
7.Cuci tangan
Kmera adalah sesuatu yang manja, cuci tangan untuk mengurangkan risiko kerosakan dan memindahkan kotoran ke kamera anda. Kalau berada di pantai, elakkan dari air masin kerana ianya tidak sesuai.
8.Elakkan cuaca sejuk.
Jika cuaca sejuk, simpan kamera anda pada suhu badan. Simpan dalam jaket misalnya. Jika pemeluapan terjadi, tanggalkan bateri dan kad memori serta merta dan biarkan kamera terbuka sehingga betul-betul kering.
9.Jauhkan dari magnet.Jauhkan dari menyimpan kaera dari benda yang bernagnet. Ianya akan memberi kesan kepada litar kamera anda.
10.Servis berkala
Hantar ke pusat servis kamera anda agar jangka hayat kamera anda lebih lama.
Ini antara tips dari beberapa bahan bacaan yang saya jumpa dan juga nasihat kawan-kawan saya. Semoga bermanfaat. Jika ada lagi tips yang boleh ditambah, silakan berkongsi dengan saya.
Categories: