MOSPIRA


Assalamualaikum..
Harini saya ingin berkongsi maklumat kepada semua penggemar Dunia Fotografi....

Bila berkata tentang fotografi, mesti semua fikir tentang kamera yang mahal, lens yang mahal, then flash lagi. Pada saya, salah sama sekali. Apabila berkata mengenai fotografi, item yang paling penting adalah kamera. Mestikah DSLR? Tidak sama sekali.

Perlukah menggunakan DSLR untuk shot gambar menarik? Pada pendapat saya, tidak semestinya. DSLR adalah salah satu alat untuk mengambil gambar. Jadi, kamera compact mahupun handphone anda sekalipun, boleh digunakan sebagai alat mengambil gambar.
Jika anda kreatif untuk mengambil gambar, guna handphone anda pun boleh. Percaya atau tidak,kamera handphone gambarnya setanding lawanya dengan DSLR?. Sebagai contoh, baru-baru ni, saya dengan rakan pergi memanjat di bukit tabuh dan tempat2 lainnya. Saya sempat shoot sedikit gambar di tempat tersebut. Lihatlah hasilnya.


Bukit Tabuh, Melawati

Jambatan Putrajaya

A'famosa, Melaka


Kesimpulan dari sini adalah, gambar yang menarik dan kreatif tidak semestinya lahir dari penggunaan kamera yang canggih. Cuma mind set kebanyakan orang, bila menggunakan DSLR hasilnya mesti cantik. Tidak semestinya.
Umpama juga sebuah rumah. Jika rumah yang mewah, tetapi kita tidak pandai menghiasnya, akan tetap jadi buruk. Bagi rumah yang kecil/sederhana, jika kita pandai menghiasinya, nescaya akan lebih menyerlah dari rumah besar itu. Itulah sekadar yang ingin dikongsi. Walaupun ilmu saya masih cetek, tetapi yang sedikit inilah saya ingin kongsi. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya. Wallahualam. Wassalam

Read More …



Pernah juga saya ditegur tentang penjagaan DSLR saya. Kenapa tidak dijaga sebaiknya, padahal untuk membelinya sahaja memakan ribuan ringgit.


Antara tips yang saya perolehi adalah seperti berikut.

1. Beg Kamera

Kebiasannya beg kamera diberi secara percuma semasa membeli kamera. Pilihlah
yang terbaik antaranya kalis air, tahan panas, tahan lasak, kalis habuk dan
seumpamanya.

2.Filter UV
Filter yang paling murah rasanya ialah RM 20.00 setiap satu. Lindungi lense anda daripada untuk memperbaikinya yang memakan kos yang tinggi.

3.Pelindung LCD

Ini juga melibatkan kos yang tinggi sekiranya rosak. Dapatkannya agar LCD kamera anda tidak mudah rosak dan bercalar.

4.Kit pencuci
Dapatkan kit pencuci kamera anda untuk membersihkannya. Blower dan kain lembut diperlukan untuk mencuci habuk dan kotoran pada kamera dan lense anda.

5.DryboxDapatkan drybox untuk mengelak dari kulat dan fungus. Jika tidak mampu dan untuk sementara waktu, gunakan Tupperware kedap angin. Gunakan bersama silica gel.

6.Jauhkan dari panasGuna kain lembap atau yang berwarna cerah untuk menangkap gambar di tengah panas.

7.Cuci tangan

Kmera adalah sesuatu yang manja, cuci tangan untuk mengurangkan risiko kerosakan dan memindahkan kotoran ke kamera anda. Kalau berada di pantai, elakkan dari air masin kerana ianya tidak sesuai.

8.Elakkan cuaca sejuk.
Jika cuaca sejuk, simpan kamera anda pada suhu badan. Simpan dalam jaket misalnya. Jika pemeluapan terjadi, tanggalkan bateri dan kad memori serta merta dan biarkan kamera terbuka sehingga betul-betul kering.

9.Jauhkan dari magnet.Jauhkan dari menyimpan kaera dari benda yang bernagnet. Ianya akan memberi kesan kepada litar kamera anda.

10.Servis berkala
Hantar ke pusat servis kamera anda agar jangka hayat kamera anda lebih lama.

Ini antara tips dari beberapa bahan bacaan yang saya jumpa dan juga nasihat kawan-kawan saya. Semoga bermanfaat. Jika ada lagi tips yang boleh ditambah, silakan berkongsi dengan saya.
Read More …





Hasil kerja, siap ''Bathtub''.. 

Read More …

Read More …