MOSPIRA


Read More …


Salam semua,
Baru-baru ini ketenangan jiwa para designer Malaysia tergganggu dengan pelancaran logo Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 oleh pihak kerajaan. Logo tersebut tidak wajar dipanggil logo dari sudut ilmu seni reka grafik. Dengan mewar-warkannya sebagai logo rasmi acara sambutan di peringkat nasional, ianya mencalar kredibiliti serta kebolehan para designer Malaysia.
Kecoh di laman web sosial! Menjadi tanda tanya siapa designernya, siapa yang bertanggungjawab meluluskannya dan bagaimana pula pada kali ini tiada pertandingan reka cipta logo hari Kemerdekaan seperti yang biasanya diadakan pada tahun-tahun terdahulu. Ada juga yang membandingkan logo tersebut dengan logo hari nasional negara-negara jiran. Huh! Jauh sekali kualitinya dan sungguh memalukan Malaysia, apatah lagi industri kreatif kita.
Mari kita bincangkan kenapa logo tersebut tidak sesuai dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Petikan daripada http://www.malaysiamerdeka.gov.my
  1. Terdapat terlalu banyak jenis font type.
    Terdapat 6 jenis font di dalam logo tersebut. Cuba kira.
  2. Penggunaan font yang sangat biasa (common).
    Designer akan berusaha untuk mencari font yang unik untuk sesuatu logo atau mengubahsuai font untuk menjadikannya unik. Penggunaan font yang terlalu common seperti Arial adalah sesuatu yang lemah.
  3. Pemasukan grafik bendera Malaysia yang boleh dicari di Google.Meletakkan grafik clip-art di dalam logo adalah kesilapan beginner atau yang bukan pakar. Grafik bendera Malaysia ini juga tidak unik. Anda boleh dapatkannya dengan carian di Google.
  4. Hierarki teks yang tidak jelas sehingga pembacaan dan maksud logo boleh menjadi lain.
    55 Merdeka, 1 Janji Ditepati? 55 Tahun Merdeka Hanya 1 Janji Ditepati? 1 Merdeka 55, Janji Ditepati? Sehingga ada yang bergurau menjadikannya 1 Minit 55 Saat, Janji Siap. Susunan teks di dalam logo bukan sekadar letak. Ianya perlu difikirkan secara menyeluruh. Mesti ada penyampaian secara visual dan psikologi.
  5. Logo di dalam logo.
    Logo 1 Malaysia dimasukkan di dalam logo ini. Jelas. Cuba bayangkan papan iklan dengan logo ini dan dah tentu nak kekalkan juga semangat 1 Malaysia, jadi di dalam satu bahan promosi ada berapa logo 1 Malaysia? Redundant bukan?
  6. Tiada sentuhan seni yang elegan. Logo biasanya simbolik, rujuk logo tahun-tahun terdahulu. 
    Designer yang mahir menghasilkan logo akan setuju bukan semudah itu untuk menghasilkan sesebuah logo. Ianya bukan satu proses yang straight-forward. Kita perlukan lakaran idea yang banyak…adakalanya sehingga ratusan. Setiap garisan, setiap warna, setiap susunan, setiap huruf dan setiap apa sahaja perlu memberi makna secara visual dan memberi makna secara psikologi.
  7. Jelas dibuat dengan segera tanpa menggunakan perisian standard grafik. 
    Guna Word atau PowerPoint? Anda sendiri boleh cuba. Mungkin jurusan seni reka grafik di institusi pengajian tinggi boleh dimansuhkan kerana sesiapa sahaja boleh sewenang-wenangnya mereka-cipta logo peringkat tertinggi Malaysia.
  8. Rasional logo yang direka-reka. Rujuk penjelasan perkataan “erdeka”.
    Hmm, bagaimana penjelasan low-standard begini boleh dijiwai oleh semangat patriotik rakyat?
  9. Slogan yang dimasukkan di dalam logo.
    Ada sesetengah designer berpendapat, slogan tak sepatutnya dimasukkan sekali di dalam logo. Ada yang berpendapat, logo sepatutnya boleh menyampaikan maksudnya sendiri tanpa slogan, tanpa warna dan tentunya tanpa grafik atau gambar.
  10. Bagaimana proses meluluskan logo ini?
    Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana logo ini boleh diluluskan. Siapakah designernya? Siapa yang membuat semakan? Siapa  pula yang meluluskan?
Akibat daripada kontroversi ini, ramai designer yang dengan sukarelanya menawarkan logo mereka sebagai bantahan terhadap logo yang buruk tersebut. Ada juga yang secara sinis menganjurkan pertandingan mereka cipta logo di laman sosial mereka. Hasilnya, terdapat banyak logo-logo yang berkualiti dan jauh lebih baik.
Berikut adalah beberapa logo pilihan yang jauh lebih baik berbanding logo yang dilancarkan.

Beberapa logo yang direka tanda bantahan. Banyak lagi logo-logo yang menarik boleh dijumpai di Facebook.
Logo-logo di atas dikumpul daripada laman web sosial Facebook dan ada di antaranya menyertai pertandingan reka cipta logo anjuran KukuBesi Manipulasi.
Bantahan demi bantahan disuarakan di laman Facebook, Twitter dan blog. The Malaysian Insider melaporkan tentang bantahan ini di link berikut:
“It’s not even a logo from designer’s point of view. Too many things going on in one piece — logo in a logo, so many fonts, no strong visual message, no hierarchy in typography,” said Imran Abdul Jabar, the founder of sifoo.com, a website dedicated to multimedia design.
He said a logo should be able to stand on its own without the addition of images, illustrations, effects and colours.
“That ‘logo’, or whatever name it is, is not even close to reflecting the spirit of our National or Independence Day. Such a disgrace to the pride of our nation, let alone our creative industry,” Imran said.
Pihak yang bertanggungjawab membalas bantahan rakyat terhadap logo tersebut. Pada mulanya agak mendukacitakan kerana mereka cuba mempertahankan hasil kerja mereka yang tidak berkualiti tersebut. Lihat petikan di bawah.

Petikan dari Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LogoSambutanKemerdekaanasli_/Article
(letak imej petikan)
Akhirnya, setelah terus ditekan, pihak yang bertanggungjawab memberi khabar gembira dengan membatalkan penggunaan logo tersebut. Ini bermaknanya, logo hari kemerdekaan pada tahun ini tetap akan menggunakan logo 1 Malaysia dengan slogan Janji Ditepati. Lihat kenyataan berikut.

Skrinsyot Twiiter Dato’ Dr. Rais Yatim
Laporan pembatalan penggunaan logo tersebut juga telah dibuat oleh The Malaysian Insider. Sila baca di link berikut:
Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya “terkejut” dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.
Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi “bahan jenaka”.
Pihak yang bertanggungjawab perlu faham bahawab bantahan daripada para designer termasuk saya sendiri bukan bermotifkan politik. Ini adalah kerana kami sayangkan Malaysia dan kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk negara. Keputusan mereka telah merendahkan martabat industri kreatif Malaysia. Kita mempunyai ramai designer yang berbakat. Modal insan telah berjaya dihasilkan dan bila dah ada rakyat yang pakar dan berilmu, maka sila hormati mereka yang lebih arif dalam bidang mereka.
Mungkin pihak yang bertanggungjawab terlalu “fokus” kepada bantahan slogan sehingga semua bantahan yang lain juga dianggap berunsurkan politik. Jangan terlepas pandang lagi seperti terlepas pandangnya penghasilan logo tersebut. “Damage has been done. A bad move has been made. Hearts have been hurt.” Kontroversi ini sedikit sebanyak membangkitkan kemarahan kepada sesetengah pihak yang selama ini berdiam diri tak tidak mahu peduli tentang isu politik. Jika kecetekan pemikiran pihak yang bertanggungjawab begini yang ditunjukkan kepada rakyat, maka sekali lagi saya ulang…ianya adalah sebuah “bad move” di dalam percaturan strategi yang sedang sibuk direncanakan.
Sekali lagi nak diingatkan, artikel ini bukan berunsurkan politik. Ianya hanya luahan kekesalan para designer terhadap kecuaian pihak yang bertanggungjawab di dalam mengambil serius tentang setiap kerja yang dipertanggungjawab rakyat kepada mereka.
Sekian. Jumpa lagi. Teruskan menghasilkan kerja yang berkualiti

sumber: sifoo.com
Read More …





Read More …