MOSPIRA




Jenis Grafik: Modelling
Tajuk: Modelling Yamaha LC 135
Medium: Adobe Photoshop, 3D Max
Masa: 2 Bulan



Video 
Medium : Adobe After Effect




Read More …


Gambar foto pada hakikatnya adalah ‘monochrome’, bermakna ia adalah hitam dan putih. Teknologi visual bermula dengan warna hitam dan putih dan secara perlahan berkembang kepada warna sehinggalah hari ini. Walaupun teknologi warna telah berkembang dengan pesat, fotografi hitam dan putih masih lagi mendominasi dalam bidang fotografi disebabkan kos penghasilan yang rendah dan juga foto hitam putih mempunyai ciri-ciri ‘classic‘ yang tiada nilainya.
Dalam artikel ini disenaraikan koleksi gambar foto hitam dan putih untuk menjadi sumber inspirasi kepada anda semua dan setiap gambar diambil dengan kamera oleh mereka yang pakar.









Read More …


Dunia tiada sempadan semenjak meledaknya revolusi internet. Sedikit demi sedikit internet telah mengubah cara kita mendapatkan maklumat yang dahulunya hanya melalui surat khabar dan surat. Hari ini perpustakaan dunia terletak dalam bilik tidur kita sendiri. Kita boleh mengakses pelbagai maklumat tidak kira masa tanpa perlu meninggalkan rumah!
Kebanyakan kita hari ini berkomunikasi menggunakan email berbanding surat kerana email lebih pantas, mudah dan percuma. Kita juga menonton filem dan berita terkini secara online menjadikan internet sebuah perniagaan menguntungkan. Dengan internet juga kita mampu untuk membeli-belah dan membayar bil dengan selesa dari rumah atau di mana juga kita berada.
Internet juga telah mengubah cara kita berkomunikasi, berinteraksi dan mencari kenalan dengan menggunakan pelbagai media sosial popular seperti Facebook, Friendster dan Skype. Media sosial ini memungkinkan kita untuk berhubung dengan saudara dan kenalan yang telah lama terpisah.
Dalam artikel ini disenaraikan 40 individu yang memberikan impak besar terhadap perkembangan internet dan mereka ini telah menjadikan perniagaan internet sesuatu yang amat menguntungkan. Mereka telah merubah tanggapan kita terhadap internet dan sedikit sebanyak merevolusi kehidupan kebanyakan kita pada hari ini. Bayangkan dunia tanpa internet. Tentu sukar bukan? Internet telah menjadi satu keperluan wajib dalam kehidupan seharian.

1. Vint Cerf dan Bob Kahn

‘Father of the Internet’
Vint Cerf dan Bob Kahn boleh dianggap sebagai Bapa Internet. Mereka telah mencipta TCP/IP iaitu protokol komunikasi, bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di antara satu dengan lain dalam rangkaian internet. Vint Cerf mengatakan “the internet is just a mirror of the population and ‘spam’ is a side effect of a free service.”

2. Tim Berners-Lee

Pencipta ‘www’
Tim Berners-Lee adalah tokoh yang mencipta World Wide Web. Beliau merupakan individu pertama menulis‘web client’ dan ‘server’ dan merekabentuk kaedah mencipta pautan, ataupun ‘hypertext‘. Beliau masih lagi mengekalkan standard web tersebut dan meneruskannya sebagai pengarah kepada World Wide Web Consortium (W3C).

3. Ray Tomlinson

Father of Email
Programmer Ray Tomlinson boleh dianggap sebagai Bapa Email kerana telah mencipta suatu kaedah menukar maklumat dan masej di antara komputer daripada pelbagai lokasi, di antara universiti, melintasi benua, dan laut. Dia juga bertanggungjawab memperkenalkan simbol ‘@’ yang menjadi format wajib alamat email kita hari ini. Kini berbilion orang di seluruh dunia menaip simbol ‘@’ ini setiap hari!

4. Michael Hart

Lahirnya eBooks
Michael Hart memulakan kelahiran eBooks dan mebuka peluang kepada manusia untuk menerbitkan buku. Dia telah memulakan ‘Project Gutenberg‘ dan boleh dianggap sebagai perpustakaan eletronik pertama dan merubah cara kita membaca dan mendapatkan ilmu. Koleksi perpustakaan tersebut termasuklah menyiarkan buku dengan penerbitan pantas.

5. Gary Thuerk

Email Spam Pertama
‘Spamming’ adalah teknik pemasaran tertua. Gary Thuerk menghantar email secara besar-besaran kepada pelanggannya menggunakan Arpanet for Digital’s new T-series of VAX systems dan tanpa mengetahui pada awalnya bahawa tindakannya itu adalah email spam yang pertama di dunia.

6. Scott Fahlman

Pencipta ‘emoticon’
Scott Fahlman dikreditkan sebagai individu terciptanya ASSII-based smiley emoticon, yang mana pada awalnya beliau menganggap bahawa ia akan membantu meletakkan sedikit jenaka dalam artikel beliau yang serius. Sekarang semua orang menggunakan ‘emoticon‘ samada dalam program-program ‘messenger‘, ruangan sembang dan email.

7. Marc Andreessen

Netscape Navigator
Marc Andreessen merevolusikan pelayaran internet. Beliau mencipta kaedah pertama ‘Web Browser‘ yang pada masa itu dipanggil sebagai ‘Mosaic’ dan kemudiannya telah dikomersialkan sebagai Netscape Navigator. Marc Andreessen juga merupakan ‘co-founder‘ dan pengerusi kepada Ning dan pelabur utama kepada Digg, Plazes dan Twitter.

8. Jarkko Oikarinen

Internet Relay Chat, IRC
Jarkko Oikarinen adalah pencipta pertama kepada online chat di Finland yang juga dikenali sebagai ‘Internet Relay Chat’. IRC dilancarkan pada 1991. Apabila Iraq menakluki Kuwait dan tiada isyarat radio dan tv pada ketika itu, IRC memainkan peranan penting dalam mendapatkan informasi terkini untuk disebarkan ke seluruh dunia.

9. Robert Tappan Morris

Pencipta Virus Worm
Konsep ‘worm virus’ adalah unik berbanding kaedah ‘hacking‘ yang konvensional. Berbanding dengan kaedah mencuri masuk ke dalam rangkaian internet, mereka menghantar satu program kecil yang telah dikodkan untuk tujuan menggondam. Melalui konsep ini, Robert Tappan Morris telah mencipta ‘Morris Worm‘. Ia merupakan virus ‘worm’ pertama yang dilancarkan ke internet yang telah mengakibatkan kerosakan berjuta ringgit dan menggangu produktiviti apabila virus tersebut dilancarkan sekitar 80an.

10. David Bohnett

Geocities
David Bohnett merupakan pengasas kepada GeoCities pada 1994 bersama-sama John Rezner. Ia telah berkembang pesat dan menjadi ruangan komuniti terbesar di internet. Dia adalah pengasas kepada konsep memberi kemudahan memiliki laman web percuma kepada semua orang. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut telah ditutup pada 27 Oktober 2009.

11. Ward Cunningham

Wiki pertama
Ward Cunningham merupakan programmer dari Amerika Syarikat yang membangunkan wiki pertama dan membolehkan orang bekerjasama, mencipta dan menyunting halaman web bersama-sama. Ward Cunningham memberi nama ‘wiki‘ yang berasal dari istilah orang Hawai iaitu ‘pantas‘.

12. Sabeer Bhatia

Hotmail
Sabeer Bhatia adalah pengasas kepada Hotmail yang mana ramai tidak tahu bahawa perkataan Hotmail diambil daripada huruf HTML- bahasa pengaturcaraan yang digunakan sebagai asas webpage. Dia mula terkenal apabila menjual perkhidmatan email percumanya iaitu Hotmail kepada Microsoft dengan nilai lebih USD 400 juta. Beliau juga telah diangugerahkan “Entrepreneur of the Year” oleh Draper Fisher Jurvertson pada tahun 1998 dan menjadi selebriti TIME sebagai salah seorang tokoh usahawan “People to Watch” pada 2002.

13. Matt Drudge

The Drudge Report
Matt Drudge telah memulakan siri laman web berita popular dikenali sebagai The Drudge Report. Laman tersebut meledak apabila menyiarkan berita tergempar yang kemudiannya dikenali sebagai skandal ‘Monica Lewinsky’.

14. Larry Page dan Sergey Brin

Google
Larry Page dan Sergey Brin telah mengubah cara kita  membuat carian dan menggunakan internet. Mereka merupakan gandingan mantap dalam gergasi enjin carian. Syarikat mereka berkembang pesat dari tahun ke tahun semenjak ianya diasaskan. Page dan Brin memulakan dengan sumber kewangan dari poket mereka sendiri dan nasib menyebelahi mereka, enjin carian Google berkembang pesat dalam masa yang singkat. Kemudian mereka telah melabur dalam Stanford. Larry Page, Sergey Brin dan syarikat mereka Google, terus popular dan menjadi salah satu syarikat gergasi dalam perniagaan internet.

15. Bill Gates

Microsoft
Bill Gates adalah pengasas kepada syarikat ‘software’ yang dikenali sebagai “Micro-Soft” iaitu kombinasi perkataan “microcomputer software”. Seterusnya Bill Gates telah membangunkan GUI (Graphical User Interface) untuk sistem operasi yang baru dan memanggilnya sebagai Windows. Beliau telah mengeluarkan satu misi iaitu “satu meja satu komputer dan satu rumah satu komputer” sekurang-kurangnya di negara-negara membangun.

16. Steve Jobs

Apple
Steve Jobs mengenengahkan idea inovatif terhadap penggunaan komputer peribadi dan idea tersebut telah membawa beliau untuk mengevolusikan industri ‘hardware and software‘. Pengasas Apple ini telah merubah cara kita bekerja, bermain dan berkomunikasi. Cerita tentang Apple dan Steve Jobs, tidak lain dan tidak bukan adalah berkaitan dengan inovasi rekacipta,  kreativiti asli, dan ketrampilan menawan.

17. David Filo and Jerry Yang

Yahoo
David Filo dan Jerry Yang telah memulakan Yahoo! bermula dari aktiviti mengisi masa lapang sehinggalah kepada produk universial yang telah mengubah cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan membeli-belah. Anda mungkin tidak tahu bahawa perkataan Yahoo! merupakan akronim daripada “Yet Another Hierarchical Officious Oracle”, tetapi Filo dan Yang memilih untuk menggunakan Yahoo! kerana ia lebih kasar, sederhana, tidak canggih dan sedikit tidak sopan menjadikan ianya mudah popular dan diingati.

18. Brad Fitzpatrick

LiveJournal
Brad Fitzpatrick telah mencipta LiveJournal, merupakan salah satu platform awal dalam blogging. Beliau gemar menggunakan ‘nickname’ bradfitz. Beliau juga adalah pengarang kepada pelbagai projek ‘software’seperti ‘memcached‘ yang digunakan dalam LiveJournalFacebook dan YouTubeLiveJournal terus berkembang sehingga kini sebagai kaedah komunikasi online di mana manusia boleh berkongsi maklumat terkini berkaitan aktiviti seharian mereka melalui diari dan blog. Ahli dalam LiveJournal dihubungkan melalui senarai rakan dan mengetahui apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

19. Shawn Fanning

Napster
Shawn Fanning mengasaskan Napster, merupakan program perkongsian ‘peer-to-peer‘ kepada peminat muzik untuk mencari dan bertukar-tukar muzik kegemaran mereka. Pengguna meletakkan apa sahaja fail yang ingin dikongsikan di dalam direktori tertentu ke dalam cakera keras mereka. Napster mempunyai seramai 25 juta pengguna di waktu kemuncaknya pada tahun 2001, malangnya ia diberhentikan akibat daripada saman berprofil tinggi. Napster telah membantu meledakkan revolusi muzik yang mana pada masa kini didominasi oleh AppleNapster telah di ‘rebranded’ dan diambil alih oleh Roxio.

20. Peter Thiel

PayPal
Peter Thiel merupakan individu yang menjadi tulang belakang kepada PayPalPayPal membolehkan manusia untuk memindahkan wang di antara satu sama lain dengan cepat. PayPal bermula dengan membenarkan sekumpulan kecil programmer untuk mengakses kodnya agar membolehkan mereka bekerja dengan transaksi frameworknya yang amat canggih. Peter Thiel yang merupakan pengasas bersama PayPal pada usia 31 tahun telah menjualnya kepada eBay empat tahun kemudian dengan harga USD 2.5 billion.

21. Pierre Morad Omidyar

eBay
Pierre Morad Omidyar memulakan pusat jual beli online yang mempertemukan penjual dan pembeli yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Beliau merupakan pengasas kepada konsep kebolehpercayaan pengguna dalam urusniaga internet. Dalam membangunkan empayer lelongnya, Omidyar menggunakan konsep kuasa membeli individu. Beliau memahami bahawa manusia mempunyai nafsu membeli walau apa sekalipun, barang yang dianggap sampah oleh seseorang  mungkin dianggap berharga oleh orang lain pula.

22. Jimmy Wales

Wikipedia
Jimmy Wales adalah pengasas kepada ensiklopedia terbesar di dunia yang memuatkan maklumat yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja selagi mereka boleh mengakses internet. Wikipedia dilancarkan pada 2001 dan kini merupakan sumber rujukan umum paling popular di internet.

23. Stewart Butterfield dan Caterina Fake

Flickr
Website perkongsian foto menjadi salah satu aktiviti seharian terpenting bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia. Stewart Butterfield dan isterinya Caterina Fake telah mencipta Flickr yang telah dilahirkan dari idea untuk membolehkan anda menyimpan dan berkongsi foto tanpa memerlukan sebarang album foto. Sebaliknya anda akan memiliki ‘foto stream‘. Yahoo akhirnya mengambil alih Flickr pada tahun 2005.

24. Jonathan Abrams

Friendster
Jonathan Abrams membangunkan Friendster bersama-sama dengan Cris Emmanuel, menawarkan beberapa kaedah atau ‘tools‘ untuk ahlinya mencari pasangan. Beliau mendapat idea daripada Match.comFriendstermerupakan rangkaian sosial internet pertama. Ahlinya mencipta profil masing-masing seperti kegemaran muzik dan buku dan di ‘link’ di antara rakan kepada rakan-rakan dan seterusnya.

25. Niklas Zennstrom

Skype
Niklas Zennstrom merupakan salah seorang pengasas trend komunikasi yang cepat berkembang pada masa kini dikenali sebagai Skype. Ianya menawarkan pengguna di seluruh dunia aplikasi percuma untuk membuat panggilan video yang berkualiti hanya menggunakan komputer atau laptop. Skype pada masa kini telah berkembang kepada pengguna Linux, MAC dan PC termasuklah pengguna telepon bimbit.

26. Bram Cohen

Bit Torrent
Sekiranya Napster memulakan generasi pertama dalam perkongsian fail, Bram Cohen telah mengubah kaedah perkongsian fail tersebut dengan membangunkan Bit Torrent yang mana ia telah memiliki penguna teramai pada masa kini. Beliau menggunakan prinsip ‘Golden Rule‘ iaitu lebih cepat anda memuat naik maka lebih cepatlah anda dibenarkan memuat turun. BitTorrent memecahkan fail kepada bahagian kecil supaya dapat dimuat naik dengan pantas.

27. Reid Hoffman

Linkedln
Reid Hoffman merupakan bekas Timbalan Eksekutif Presiden bagi PayPal yang telah membangunkan Linkedln iaitu rangkaian sosial profesional yang membenarkan ahli berdaftar untuk menyimpan maklumat hubungan perniagaan mereka. Ahli Linkdln juga boleh membuat carian pekerjaan, bertukar-tukar resume, mencari peluang sewaan dan perniagaan dan sentiasa berada dalam ruang persaingan perniagaan yang positif.

28. Matt Mullenweg

WordPress
Matt Mullenweg adalah pengasas kepada ‘open source‘ blogging yang paling banyak digunakan di dunia dan adalah blog enjin terbaik dikenali sebagai WordPress. Antara website popular yang menggunakan WordPressadalah seperti Techcrunch, Huffingtonpost, Mashable dan banyak lagi.

29. Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim

YouTube
Chad HurleySteve Chen, dan Jawed Karim mula bertemu apabila bersama-sama bekerja di PayPal. Kemudiannya mereka memulakan rangkaian perkongsian video yang popular di internet dikenali sebagaiYouTube. Youtube telah menyiarkan lebih 100 juta video pendek sehari berkaitan subjek yang pelbagai. Ketika membangunkan Youtube, mereka membahagikan kerja mengikut kepakaran masing-masing; Chad Hurley mencipta interface dan logo. Steve Chen dan Jawed Karim membahagikan kerja lebih kepada kerja-kerja teknikal agar Youtube berfungsi dengan baik. Apabila Youtube menjadi syarikat gergasi, mereka membahagikan kerja mengurus syarikat berdasarkan kebolehan dan kepentingan; Chad Hurley menjadi CEO manakala Steve Chen dan Jawed Karim sebagai Ketua Pengarah Teknologi. Kini YouTube diambil alih olehGoogle dengan perjanjian USD 1.65 billion dalam bentuk saham.

30. Craig Newmark

Craigslist
Craig Newmark memulakan laman web yang memulakan kaedah pengiklanan terbaru yang dikenali sebagaiCraiglist.Ianya telah menjadi suatu ketakutan kepada penerbit suratkhabar yang berasa terancam dengan kewujudan laman web yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan percuma. Craigslist bermula sebagai koleksi senarai email rakan-rakan Newmark di Bay Area. Semenjak itu ia telah berkembang pesat sebagai database online untuk ‘classified ads‘ kepada mereka yang mencari pelbagai barangan dan perkhidmatan.

31. Julian Assange

WikiLeaks
Julian Assange mengasaskan suatu website yang mampu menerbitkan dokumen sulit ke seluruh dunia tanpa dapat mengesan siapa yang mencuri dan menyebarkannya. Apa yang menarik tentang WikiLeaks adalah ianya dapat menjamin dan menutup kerahsiaan identiti pencuri maklumat dengan memadamkan maklumat identiti mereka sebelum menyebarkan dokumen atau maklumat tersebut di internet. Hasilnya adalah tiada orang dapat mengesan siapa menghantar mereka maklumat dan bilakah masanya maklumat tersebut dihantar.

32. Dick Costolo

FeedBurner
Kebiasaannya orang menyemak web atau blog kegemaran mereka dengan lebih kerap untuk mengetahui berita dan perkembangan terkini. Feedburner diasaskan oleh Dick Costolo mencipta satu kaedah muat turun secara automatik ‘updates‘ melalui kaedah yang anda pilih. RSS Feed merupakan singkatan kepada ‘Really Simple Syndication’ menghantar berita atau cerita terkini daripada pemilik website atau blog ke komputer anda. Feedburner akhirnya diambil alih oleh Google pada tahun 2007. Kini Dick Costolo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Twitter menjadikan Twitter sebagai generasi terbaru RSS.

33. Mark Zuckerberg

Facebook
Mark Zuckerberg mengasaskan Facebook yang pada awalnya membantu para graduan untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan mereka. Dengan adanya kemudahan ‘status update’ membolehkan pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Pengguna juga boleh meletakkan video, gambarfoto, bersembang, mencari kenalan baru dan lama, menyertai seminar dan kursus, menyertai aktiviti kumpulan, dan bermain ‘game’. Facebook dipercayai mempunyai 500 juta pengguna berdaftar diseluruh dunia menjadikan hanya empat buah negara yang belum dikuasai iaitu Russia, Japan, China dan Korea Utara menurut kepada pengasasnya, Zuckerberg. Facebook pada masa kini menjadi pesaing sengit kepadaMySpace milik Rupert Murdoc.

34. Jack Dorsey

Twitter
Jack Dorsey mencipta Twitter agar keluarga dan rakan dapat memberitahu apa yang sedang mereka lakukan.Twitter merupakan mikro blogging. Komunikasi yang sedang berkembang pesat ini membenarkan pengguna untuk menerbitkan apa yang mereka lakukan dan fikirkan dalam maksimum 140 aksara atau kurang ataupun menyiarkan informasi orang lain atau masej orang lain ke dalam Twitter mereka sendiri dengan kaedahRetweetingTwitter digunakan oleh selebriti untuk memberitahu kepada peminat aktiviti mereka atau peniaga mengumumkan diskaun kepada bakal pembeli dan sebagainya.

35. Christopher Poole

4chan message boar
Christopher Poole dikenali dalam talian sebagai “Moot”, memperkenalkan ‘message board‘ yang dipanggil4chan di mana pengguna adalah bebas untuk membuat kesalahan. Tidak seperti kebanyakan web forum,4chan tidak memiliki sebarang sistem pendaftaran, membolehkan pengguna memuatnaik artikel tanpa nama.Moot menggunakan konsep nilai identiti pelbagai yang bertentangan dengan konsep Facebook dan rangkaian media sosial yang lain.

36. Joshua Schachter

Delicious
Del.icio.us lebih canggih daripada versi pelbagai pengguna dalam Muxway yang memperkenalkan penggunaan ‘tags‘. Joshua Schachter memulakan Del.icio.us yang membolehkan pengguna menyimpan dan berkongsi ‘web-browsing‘ kegemaran mereka di internet. Schachter menggunakan kaedah ‘tagging-people‘ dengan meletakkan label pada bookmark dengan nama yang mereka inginkan. Del.icio.us telah dipertingkatkan oleh Yahoo! dengan harapan mengembangkan prinsip ‘tagging‘ kepada lebih banyak perkhidmatan.

37. Jeff Bezos

Amazon
Jeff Bezos mengasaskan kedai internet terbesar di dunia dikenali sebagai Amazon. Pada awalnya ia dibenali sebagai Cadabra Inc. Beliau menjadikan jual beli online lebih pantas berbanding dengan pergi ke kedai.Amazon pada masa kini telah memperkenalkan Kindle yang membolehkan pembaca memuat turun buku dan lain-lain bahan penulisan dan membacanya dengan ‘handheld device‘.
Penyenaraian lebih kurang 40 individu yang memberi impak besar kepada internet adalah dengan harapan dapat memberikan kita serba sedikit idea bagaimana untuk mencipta produk kita sendiri. Kadang-kadang idea yang kita anggap remeh sebenarnya boleh memberikan impak besar kepada dunia. Sekiranya anda menggemari aritikel ini, jangan lupa untuk memberikan komen di ruangan komentar di bawah dan berkongsikannya di Facebook dan Twitter
Read More …